video

Masukan Nama Penyanyi - Judul Lagu

Mesin Cari Free Download Mp3 Gratis

Tuesday, December 28, 2010

Apple


Dulunya, barangan jenama Apple bukan siapa-siapa untuk aku. Kalau ada orang story pasal Apple dengan aku, sumpah aku tutup telinga or buat benda lain semata-mata malas nak melayan. Lalu depan Machines or Mac Studio pun, aku buat kedai tu macam tak wujud je. Langsung tak nak singgah nengok apa-apa yang menarik. Dan persepsi aku pada Apple ketika itu, amat teruk sehingga pada aku jenama Apple dan produk mereka hanya propa dan hoax semata-mata. Dan sehingga banyak perkara membuatkan persepsi aku berubah.

Pada yang dah lama mengenali aku dan blog ini, pasti tahu yang blog Justkhai ini adalah blog Apple Haters paling terang lagi bersuluh. Hahaha! Dan aku dalam setiap kerja apa kerja yang aku lakukan, sentiasa tidak memilih Apple dalam apa-apa jua produk yang mereka keluarkan. Dan sehingga hari ini, timbul persoalan ramai mengapa aku, seorang yang amat-amat bencikan produk Apple, boleh menggemari produk Apple with peace of mind pada ketika ini?
Persepsi yang berubah

Persepsi aku pada Apple sedikit mula berubah bila aku dengan senang hati membuat sedikit research mengenai jenama ini. Setiap satu perkara mengenai Apple aku research. Dari segi kualiti, soal software’nya sehinggalah mengapa jenama Apple ni semuanya mahal-mahal berbanding jenama yang lain. Dan biarpun mahal, kenapa masih ramai yang membelinya? Dan kenapa semua orang hebat yang pernah aku jumpa, memilih jenama ini. Pasti ada sesuatu disebalik apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri.

Selepas research yang tak berkesudahan, aku telihat seorang blogger tempatan yang terkenal di segenap dunia depan mata aku sendiri iaitu Paul Tan yang menggunakan Macbook Pro semasa aku ke pejabatnya di Petaling Jaya untuk menandatangani sebuah kontrak bersama pihak mereka. Dan balik dari situ, terus aku terkenang-kenang mengapa setiap orang hebat yang aku kenali, menggunakan jenama Apple ini. Why? Why? Terus bermain di kepala. Terus teringat rakan-rakan blogger hebat lain seperti Mohd Ismail & Hafreze juga pengguna Apple.

Research kemudiannya berterusan tetap tidak berkesudahan (tiada kata putus dari pihak aku). Hinggalah semasa aku melakukan satu projek editing video, semasa proses rendering dilakukan, beberapa kali Miss Merlot yang aku sayangi tu breakdown. Mungkin kerana proses yang terlalu tinggi dan berat. (Info Probook: Intel Centrino Core 2 Duo dengan 4GB of RAM).

Dan dari situ, bermulalah keputusan aku untuk menggunakan mesin ciptaan Apple. Aku ke Machines di Midvalley seorang diri untuk membeli Macbook Pro dengan serba sedikit pengetahuan mengenai Apple selain pernah menggunakan Power Machintosh G3 (Model komputer Apple lama) beberapa tahun dulu dan menggunapakai ketika study di Limkokwing University (Apple Lab) lebih kurang 3 tahun lalu.

Melihat setiap satu produk mereka yang ada, dari segi luaran’nya sahaja sudah “wow!”. Ok fine takpe sebab before pun dah pernah belek-belek. Lepas tu cuba main-main jap dengan OSX terbaru mereka. Mula-mula memang memeningkan. Iyalah orang kata tak kenal maka tak cinta.
Menjadi Pilihan



Apple iPod Nano 6th Generation


Apple Macbook Pro




Apple Magic Mouse & Apple Remote


Apple Time Capsule



Apple iPhone 4

Detail review pasal semua produk di atas ni, akan diulas dalam entri-entri yang akan datang. By the way, buat masa ni, kalau korang ke Lowyat, The Mines atau Midvalley, cuba-cubalah masuk Mac Studio atau Machines. Sebab kat sana semua produk Apple korang boleh cuba satu persatu.
Dan selepas berminggu-minggu sebagai pengguna produk Apple, adakah pembenci Apple ini telah menjumpai device yang benar-benar memenuhi setiap apa yang diperlukan oleh seorang Khai? Dan adakah produk Apple telah menjadi antara barangan yang akhirnya memberi titik noktah kepada pencarian device paling sesuai untuk seorang Khai selama ini? InsyaAllah akan bersambung dalam entri akan datang.

Sebelum korang baca sambungan nanti, awal-awal nak minta maaf kalau review dari Khai nanti akan membuatkan hati dan jiwa korang meronta-ronta untuk membeli satu produk Apple ini biarpun pada ketika ini, koranglah haters Apple paling kental di dunia. Terima kasih kerana membaca ya! Teehee!

No comments: